Example floating
Example floating
Example 728x250
Teknologi

Siri Realme 16 Pro Dijual Bermula RM1599 – Skrin 144Hz, Kamera 200MP, Bateri 7000mAh

17
×

Siri Realme 16 Pro Dijual Bermula RM1599 – Skrin 144Hz, Kamera 200MP, Bateri 7000mAh

Sebarkan artikel ini
Example 468x60

Jakarta, Malukubisa.net-Seri 16 Pro Realme hari ini melancarkan siri nombor baharu di Malaysia dengan memperkenalkan dua model iaitu realme 16 Pro dan realme 16 Pro+. Siri ini menekankan sistem kamera serta perkakasan dalaman yang sesuai untuk pengguna moden, selain turut menerima sentuhan reka bentuk daripada pereka terkenal Jepun, Naoto Fukasawa.

Example 300x600

‎Realme 16 Pro hadir dengan skrin AMOLED melengkung 6.78″ FHD+ 144Hz yang mampu mencapai kecerahan puncak 6500 nits. Ia dikuasakan cip Snapdragon7 Gen 4 dengan sokongan rangkaian 5G bersama pilihan memori 12GB RAM dan storan 512GB. Peranti ini turut dilengkapi bateri berkapasiti 7000mAh dengan sistem pengecasan pantas 80W Ultra Charge melalui port USB-C.

‎Dari segi fotografi, Realme 16 Pro+ menampilkan sistem kamera dengan sensor utama 200MP OIS, telefoto 50MP, sudut ultra lebar 8MP serta kamera hadapan 50MP. Selain itu, peranti turut mempunyai penarafan kalis air IP66/IP68/IP69/IP69K, pengimbas cap jari di skrin serta menjalankan sistem operasi realmeUI 7.0 untuk pengalaman penggunaan yang lebih moden.

‎Realme 16 Pro pula hadir dengan skrin AMOLED rata 6.78″ yang menyokong kadar segar semula 144Hz. Ia dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7300 Max bersama pilihan memori 12GB RAM dan storan sehingga 512GB. Bateri berkapasiti 7000mAh turut disediakan sama seperti model Pro+ dengan pengecasan pantas 80W Ultra Charge melalui port USB-C. Dari segi fotografi, tetapan kamera terdiri daripada sensor utama 200MP, kamera ultra lebar 8MP manakala kamera hadapan pula sebesar 50MP.

‎Realme 16 Pro ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM1599 (12/256GB) dan RM1899 (12/512GB). Sementara itu, Realme 16 Pro pula berharga RM2299 ( 12/512GB). Jualan pertama untuk model baharu ini bermula pada 11 April 2026 dengan peluang menerima hadiah percuma menarik bagi setiap pembelian.

Example 300250
Example 120x600

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *