Example floating
Example floating
Example 728x250
Nasional

RedMagic 11 Air Meluncur di Malaysia, Bawa Performa Gaming Ekstrem dan Fast Charging 120W

52
×

RedMagic 11 Air Meluncur di Malaysia, Bawa Performa Gaming Ekstrem dan Fast Charging 120W

Sebarkan artikel ini
Example 468x60

Jakarta,malukubisa.net/-RedMagic kini membawa masuk telefon pintar terbaru untuk pasaran Malaysia, iaitu RedMagic 11 Air. Seperti telefon RedMagic yang lain, telefon ini turut memfokuskan kepada pengalaman permainan video melaluinya.

Example 300x600

‎RedMagic 11 Air hadir dengan skrin 6.85-inci OLED dengan kadar segar semula 144Hz, dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite, memori sehingga 16GB RAM dan storan sehingga 512GB. RedMagic turut mengatakan mereka menyertakan sebuah cip khusus untuk pengalaman permainan lebih baik melalui cip RedCore R4, serta dilengkapi bersama CUBE Sky Engine untuk pengalaman lebih lancar.

‎Melengkapkannya juga adalah bateri 7,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 120W. Seperti telefon memfokuskan permainan lain, RedMagic 11 Air turut hadir dengan sokongan penyejukan khusus dan ruang wap 4D, serta kipas terbina untuk penyejukkan. Ia turut hadir dengan sokongan kalis air dan debu IP54.



‎Pada bahagian kamera, telefon ini hadir dengan kamera utama 50MP bersama lensa ultra-lebar 8MP, selain kamera swafoto 16MP.

‎Dari segi perisian, ia turut hadir bersama Google Gemini untuk pelbagai ciri berasaskan kecerdasan buatan. Tidak setakat itu, Game Space turut menawarkan ciri AI untuk menambah-baik prestasi ketika permainan.

‎Di Malaysia, RedMagic 11 Air ini ditawarkan pada harga RM2499 untuk versi 12GB RAM dan storan 256GB, sementara model 16GB RAM dan 512GB storan pada harga RM2,999.

Example 300250
Example 120x600