Example floating
Example floating
Example 728x250
Teknologi

Samsung Galaxy Buds Core Kini Di Malasysia Pada Harga RM 199

92
×

Samsung Galaxy Buds Core Kini Di Malasysia Pada Harga RM 199

Sebarkan artikel ini
Example 468x60

Samsung Galaxy Buds Core telah dilancarkan di Malaysia hari ini. Dari segi rekaan ia mirip dengan Galaxy Buds FE dengan ia dipasarkan sebagai fon telinga paling mampu milik oleh Samsung.

Example 300x600

Seperti Buds FE, Buds Core mempunyai rekaan putik telinga yang kompak dengan sayap kecil untuk memastikan ia terpasang dengan rapi di dalam telinga. Terdapat pad sesentuh pada bahagian sisi kedua-dua putik dan sokongan ANC.

Hayat penggunaan adalah sehingga 35 jam tanpa ANC dan 21 jam dengan ANC. Ini meletakkannya hanya lima jam lebih tahan lama berbanding FE. Ia turut kini kalis air IP54, sokongan bluetooth 5.4 serta menyokong codec AAC dan SBC. Ini sekali adalah penambahbaikan berbanding hanya IPX2 pada Buds FE.

Samsung Galaxy Buds Core ditawarkan pada harga RM199 dalam warna hitam dan putih. Jika anda membeli Samsung Galaxy A17 5G dan Samsung Galaxy A07 LTE, Buds Core boleh dibeli pada harga promosi RM139 sahaja.(Amanz)

 

Example 300250
Example 120x600